TEMPAT-TEMPAT LAWATAN DI MADINAH

Masjid Tujuh
Terletak di sekitar Masjid Al Fath. Di sinilah terjadinya peperangan antara kaum Quraisyh dan Yahudi menentang umat Islam. Peperangan ini dinamakan Peperangan Khandak (Parit/Ahzab)


Ladang Kurma
Kota Madinah memang terkenal dengan buah kurmanya dan yang paling terkenal ialah kurma Rasulullah SAW - Ajwa', benihnya ditanam sendiri oleh Baginda. Riwayat Bukhari menyatakan sesiapa makan tujuh biji tamar Ajwa' pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudharatkannya pada hari itu.


Masjid Qiblatain
Masjid yang mempunyai 2 mihrab yang mana salah satunya menghadap ke Baitul Maqdis dan yang satu lagi menghadap ke Baitullah. Di sinilah Rasulullah SAW melakukan Solat Zohor yang mana 2 rakaat pertama menghadap ke Baitulmaqdis dan 2 rakaat lagi menghadap ke Baitullah. 



Masjid Quba'
Masjid pertaman dibina oleh Rasulullah S.A.W.
Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan diberi pahala seperti menunaikan umrah".



Jabal Uhud
Bukit Uhud adalah salah sebuah bukit dari syurga. Di sini jugalah terjadinya satu peperangan yang besar yang telah mengorbankan bapa saudara Rasulullah S.A.W iaitu Saidina Hamzah.